Tuesday 23 December 2014

Assalamualaikum

Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Walaikumsalam

Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Hello

Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Selamat

Kedua-dua belah tapak tangan digenggam seperti bersalaman, lalu tangan kanan dan kiri digerakkan ke kanan dan kiri, tapak tangan ke bawah.

Selamat Datang

Kedua-dua tapak tangan menghadap atas kemudian digerakkan tangan kanan dan kiri serentak ke dada.

Selamat Pagi

Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "pagi"

Selamat Tengahari

Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Tengahari"

Selamat Petang

Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Petang"

Selamat Malam

Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Malam"

Selamat Jalan

Tangan Kanan '5' tapak ke depan sambil digerakkan ke kiri dan kanan.

Selamat Hari Jadi

Buat isyarat "selamat", kemudian kedua-dua tangan tapak menghadap atas, bergerak dari sisi ke depan dan ke bawah sambil meletakkan tangan kanan di atas tapak tangan kiri diikuti dengan isyarat tangan "hari".

Selamat Ulang Tahun

Buat isyarat "selamat", kedua belah tangan 'A" pada paras bahu, buat bulatan dari dalam ke luar.

Maaf

Tangan Kanan 'A' pada paras dada, buat satu bulatan di atas dada.

Salam

Kedua-dua belah tangan dihulurkan ke depan, tapak tangan kiri dan kanan dirapatkan lalu dibawa ke dalam dengan kedua-dua hujung jari dikenakan pada dada.

Sila

Tangan kanan terbuka tapak menghadap ke atas, lalu digerakkan tangan kanan ke sebelah kiri.

Tahniah

Kedua-dua belah tangan digenggam dan digoncangkan sedikit.

Terima Kasih

Tangan kanan terbuka dengan tapak ke dalam lalu dikenakan pada bibir dan digerakkan ke depan.

Sama-Sama

Tangan kanan 'Y', lalu digerakkan ke depan dan belakang.

Apa Khabar

Buat isyarat 'Apa' dan kemudian kedua-dua belah tapak tangan dirapatkan lalu direnggangkan ke kiri kanan dengan tapak menghadap ke dalam.

Khabar Baik

Kedua-dua belah tangan '5', tangan kanan diletakkan dibibir kemudian digerakkan turun dan diletakkan di atas tapak tangan kiri.

Hai

Tangan kanan 'H' hujung jejari di tepi dahi kanan kemudian digerakkan tangan kanan membuat isyarat huruf 'i'.

Alhamdulilah

Tangan kanan '5' tapak menghadap kiri, ibu jari pada paras dada, kemudian digerakkan tangan ke hadapan.

Ucapan

Kedua-dua tangan 'H' tegak tapak menghadap bergerak berselang-seli ke depan dan ke belakang dua kali.

Categories:

0 comments:

Post a Comment